Sunday, January 25, 2009

Cita-cita nan satu!

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh...

Kehidupan yang kita lalui dan telusuri ini amat bermakna sekali sekiranya ia dipenuhi dengan bekalan 'ilmu dan 'amal kebajikan yang membolehkan kita merasai INDAHnya hidup kurniaan Ilahi ini. Tetapi...yang penting kita tidak terpesona dengan kehidupan yang sementara ini kerana sesungguhnya kehidupan yang kekal hanyalah AKHIRAT kelak. Kehidupan yang kita jalani ini adalah sebagai tempat untuk kita mengumpul bekalan untuk menempuhi 'alam yang bakal kita tempuhi setelah kita kembali menemui pencipta kita yakni ALLAH SWT. Tiada siapa yang dapat membantu kita meniti titian sirat melainkan amal soleh kita ketika di dunia. Kejayaan melepasi titian sirat ini juga merupakan rahmat terbesar dari Allah, kerana insan tersebut berjaya memasuki SYURGA Allah SWT. Semoga kita juga tergolong dalam golongan hamba2 Allah untuk menikmati dan merasai nikmat SYURGA yang di janjikan oleh ALLAH SWT.

Ada di kalangan manusia yang melintasi titian sirat dalam sekelip mata. Ada pula yang melintasinya sepantas panahan kilat. Ada juga manusia yang melintasi dengan keadaan berlari. Ada pula yang berjalan dan ada pula yang terpaksa merangkak dan sebagainya.

Keadaan melintasi titian ini adalah bergantung kepada amal kebaikan yang dilakukan semasa hidup didunia. Ada pula yang tidak melepasi titian ini, lalu tercampak ke dalam api neraka Allah SWT.

"Orang pertama melalui sirat ialah Nabi Muhammad SAW yang mengepalai umat lain. Sabda Rasulullah bermaksud: “Dan direntangkan sirat di antara dua jurang neraka jahanam, maka akulah Rasul pertama yang melaluinya bersama umatku yang lulus.” Tahap kelajuan seseorang mukmin meniti titian itu bergantung kepada tahap keimanan dan amal masing-masing. Semakin tinggi keimanan dan amalan, kian laju menuju titian itu. Al-Alamah Ibnu Abi Jamrah dalam kitab Bahjah An-Nufuus menegaskan, sesungguhnya disebut dalam hadis mengenai sifat sirat yang lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang dan ia mempunyai tujuh sekatan dan setiap sekatan itu mengambil masa 3,000 tahun perjalanan..." MasyaAllah...

Semoga kita bersua kembali dengan input2 yang lain. Semoga penulisan ana yang pertama ini mampu membangkit semangat ana untuk terus berkongsi ilmu dengan pembaca2 yang lain.

Ana mengharapkan apa jua komen dari pembaca2 lain. Wallahu a'lam...

No comments:

Post a Comment