Thursday, January 29, 2009

Wahai muslimah, tutuplah auratmu!!!

Assalamualaikum WBT...

Erm, dah lama rasanya ana tak menulis di sini... maklumlah sentiasa sibuk dengan tuntutan harian yang sentiasa menanti... bersyukur sangat2 kerana Allah masih memberi masa lapang kat ana ari ni... dapat juga lah menulis sikit walaupun dua, tiga baris je...

Tapi... kejap lagi pun ana ada discussion untuk tugasan kuliah... tak apalah, masa yang ada ni ana nak sentuh sikit tentang pandangan ana tentang pemakaian wanita sekarang. Secara peribadinya ana betul2 terpanggil untuk meluahkan apa yang tak terluah selama ini.

Ana tak tahu apa pula pandangan anda semua tentang hal ini. Kita sedia maklum bahawa, setiap wanita muslimah wajiblah berpakaian menutup aurat mereka dengan sempurna. Sekarang ini kita dapat lihat ramai yang menganggap menutup aurat tu hanya sekadar pakai tudung je... Pakai tudung bukan main cantik lagi, tetapi pakai baju "carik" kat sana sini. seolah2 rambut je aurat... Sedarlah semasa kita masih lagi dapat melihat dunia ini. kepada2 pengeluar2 pakaian, rekalah baju dan tudung yang sesuai yang memenuhi kehendah syara'. Jangan hanya kita berlumba2 mencari keuntungan sehingga kita abaikan aspek yang paling penting ini iaitu menutup aurat. kita hendaklah bertudung menutupi bahagian dada kita, berpakaian longgar, tidak ketat & tidak nipis. Try lah kita berubah!!! Fikir2 kan lah!!!...

Jumaat 2.29pm.

No comments:

Post a Comment