Monday, January 26, 2009

Palestine oh Palestine!

Salam sejahtera semua!

Alhamdulillah...ana begitu bersyukur sekali kerana akhirnya ana dapat menghasilkan blog yang tak seberapa ini. namun begitu, disini ana dapat meluahkan apa sahaja yang terbuku di hati ana. kadang-kadang tak semua antara kita dapat berkongsi masalah dengan saudara kita melalui face-to-face. so, for me, penulisan adalah cara yang boleh ana lakukan untuk meluahkan perasaan gembira dan sedih.

Ana begitu sayu dan sedih mengenangkan nasib saudara2 kita yang berada di palestin. Dari dahulu sehingga sekarang, hidup mereka tidak pernah aman sebagaimana yang rakyat Malaysia alami. Mereka di sana hidup sentiasa dalam ketakutan kerana sentiasa diburu oleh rejim zionis (israel) dan sekutu2 nya. Para mujahidin di sana berjuang habis2an mempertahan tempat suci umat Islam seluruh dunia iaitu Baitul Maqdis. Manusia seluruh dunia mengutuk habis2an tindakan kejam israel yang menyerang semenanjung Gaza selama 22 hari. ALHAMDULILLAH...akhirnya tentera zionis berundur jg. Kemenangan berpihak jg pada Islam.

(Briged Al-Qassam(sayap kanan ketenteraan HAMAS) telah membuat kenyataan bahawa mereka dapat bertahan di dalam peperangan yang berlanjutan selama 22 hari dan menentang Zionis habis-habisan, ditambah kejayaan membunuh 80 tentera Zionis. Abu Ubaidah, jurucakap Briged itu dalam kenyataan akhbarnya semalam Gaza(19/1/2009) ” Sepanjang peperangan ini operasi-operasi yang kami jalankan berjaya membunuh 49 tentera Zionis dengan dan mencederakan beratus-ratus lagi, itu adalah jumlah yang tidak termasuk serangan dari mortar dan sniper yang dijalankan oleh Al-Qassam. Jumlah kejayaan dari operasi-operasi itu telah menumbangkan tidak kurang dari 80 orang tentera di medan perang..” beliau juga di dalam kenyataannya semalam mencabar Zionis untuk menyatakan kerugian yang dialami mereka. sumber: http://www.palestine-info.info/ar/)

Berita terbaru juga yang ana sempat baca di web PalestineKini, melaporkan bahawa ada diantara perisikan mesir yang menggugut mangsa2 rakyat pelestine yang di rawat di hospital2 di mesir. Beberapa penduduk Gaza cedera yang menerima rawatan di beberapa buah hospital Mesir dan telah pulang semula ke Gaza berkata pasukan keselamatan Mesir melakukan siasatan terhadap beberapa orang daripada mereka untuk mengetahui tempat membuat roket dan bagaimana senjata diseludupkan ke Gaza. Portal berita internet Al-Jazeera melaporkan rakyat Gaza yang cedera itu berkata pasukan keselamatan Mesir melakukan siasatan dengan cara yang kasar bahkan mengugut sesiapa yang enggan bekerjasama akan sentiasa diburu dan akan dihentikan rawatan mereka di hospital-hospital Mesir. pihak keselamatan Mesir terus melakukan soal jawab dan menuntut mereka memberikan maklumat tentang kumpulan-kumpulan jihad yang menentang Zionis. Mereka juga dituntut agar tidak lagi memberikan sokongan kepada gerakan HAMAS setelah kembali semula ke Gaza (sumber: palestinekini) .Terlintas di fikiran ana, adakah mereka menyokong kezaliman yang israel lakukan ke atas rakyat palestine? Tidakkah mereka (puak mesir) juga beragama Islam & satu aqidah dengan kita? Dimanakah pertolongan mereka ketika rakyat palestine mula2 diserang???

Kita yang berada jauh melangkaui sempadan ini hanya mampu berdoa agar kemenangan berpihak kepada umat Islam. kita perlu yakin bahawa satu hari nanti Islam pasti berjaya menguasai DUNIA. InsyaAllah....

Sama2 lah kita membaca Doa Qunut Nazilah buat Umat Islam di Palestin, afghanistan, iraq, atau dimana jua mereka berada.

No comments:

Post a Comment